kalau kita membakar ayam, kita takleh tumpukan perhatian kat satu tempat (pihak) saje, nanti hangit plak belah lain. begitu juga politik, jangan tumpu kawasan bandar sahaja, nanti orang miskin kat kampung jadi terbiar dan memberontak

kalau kita membakar ayam, kita kena selalu balik balik ayam tu supaya tidak terlalu hangit sebelah, begitu juga dengan politik, kita mesti sentiasa memeriksa khadam khadam (menteri) kita ni supaya tidak bergelumang dengan najis rasuah.

kalau kita membakar ayam, jikalau api terlalu besar.. cepat cepatlah kita perlu matikannya supaya ia tidak merebak ke tempat lain. begitu juga politik, jika ada tempat (negeri atau menteri) yang bermasalah cepat cepat la kita selesaikan dengan elok (bukan main tuding jari). kalau menteri bermasalah, kasi pecat sajaa!

politik itu.. sama dengan membakar ayam.. bila ada bara yang kuat (duit yang banyak) kita perlu gunakan kesempatan ini untuk kesemua ayam ayam kita, letak banyak banyak.. kasi sama rata baru cepat masak. bila ada duit banyak, perlulah ahli politik gunakan untuk rakyat, bukan untuk ahli keluarga. ayam kalau bara kuat kuat, bole cepat hangit tau? tangan si pembakar pun mau terseksa kepanasan. begitula juga kalau menteri paw duit banyak banya... terseksa diakhirat weh

ah ya.. satu lagi, kalau time membakar ayam tu kalau ada yang jatuh gua kasi baling kat kucing je, tak ambik basuh pastu bakar balik. sama la dengan menteri/ahli politik, sudah kotor kasi rijek saja!~